PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN
Prinsip umum
daripada teori linguistik dan psikologi menentukan pendekatan pengajaran guru
bahasa. Dalam pengajaran Bahasa Melayu terdapat beberapa pendekatan seperti
pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik,
pendekatan terjemahan, pendekatan nahu dan pendekatan sintesis. Pendekatan-pendekatan
ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau
behavouris. Contohnya, jika kita mengikuti
teori mentalis atau kognitif, maka pendekatan yang digunakan adalah
seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.
Menurut
Kamaruddin Husin (1998), pendekatan adalah satu kumpulan andaian yang saling
berkaitan yang mencerminkan suatu pandangan yang saling berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Kebijaksanaan guru memilih pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat memaksimumkan
input para pelajar dalam bahasa. Para guru memerlukan teori linguistik
dan psikologi yang sesuai agar pengajaran bahasa dijalankan dengan lancar.
Pengajaran bahasa adalah satu tugas
amali yang boleh dijalankan melalui dua cara. Iaitu dengan cara mengikuti
prosedur yang lengkap tentang tatacara melaksanakannya. Kedua, dengan cara menggunakan satu set
prinsip bagi menjalankan tugas tersebut. Cara yang pertama tidak semestinya
menjamin keberkesanan sesuatu tugas amali kerana panduan yang diberi mungkin
tidak dapat dijalankan seperti dalam situasi asalnya oleh individu yang belum
biasa dengan tugas mengajar. Oleh itu, seorang guru bahasa yang baik perlu
memiliki satu set prinsip yang boleh dijadikan panduan bagi menjayakan tugasnya
itu. Dengan erti lain, guru perlu mempunyai teori yang boleh membimbingnya
memahami apa itu bahasa dan bagaimana murid belajar bahasa.
LATAR BELAKANG PENDEKATAN
SINTESIS (BINAAN)
Pendekatan dalam
pengajaran membaca adalah sangat penting. Hal ini demikian kerana dapat menarik
minat pembaca untuk terus membaca. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh
digunakan untuk memupuk minat pelajar dalam membaca.
Pendekatan sintesis merupakan salah satu pendekatan
dalam pengajaran membaca. Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan
binaan. Pengajaran pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur
terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata,
ayat dan cerita.
Hal ini bermaksud pelajar mula didedahkan dengan
huruf kemudian suku kata dan seterusnya perkataan. Perkataan-perkataan ini
mesti dibentuk dalam ayat dengan perkataan-perkataan yang lain yang telah
diketahui oleh murid.
Kaedah yang sesuai digunakan dengan pendekatan ini
ialah kaedah abjad, kaedah bunyi dan kaedah suku kata. Ia sering digunakan
dalam pengajaran membaca di sekolah-sekolah rendah.
DEFINISI PENDEKATAN SINTESIS
Boleh
ditakrifkan bagaimana cara untuk kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
agar objektif dapat dicapai oleh murid melalui cara mengajar daripada mudah
kepada kompleks.
CIRI-CIRI PENDEKATAN SINTESIS
(BINAAN)
a) Unsur
yang paling kecil diperkenalkan dahulu kemudian yang paling besar iaitu mudah
kepada susah..
b) Diajar
secara berperingkat-peringkat seperti rajah yang dilampirkan. (Lampiran 1)
PELAKSANAAN PENDEKATAN
SINTESIS
Pengajaran dan
pembelajaran dimulakan dengan unsur kecil kepada unsur-unsur yang besar. Sebagai contoh untuk mengajar
ayat ‘Saya beli topi biru’. Maka langkah pertama guru perkenalkan dengan
huruf-huruf yang terdapat dalam ayat tersebut iaitu a, l, e, t, i, o, p b, u dan r (Lampiran
2). Kemudian memperkenalkan suku kata to, ya, pi, sa, be, ru, li dan bi (Lampiran 3). Suku kata digabungkan
menjadi perkataan iaitu topi, saya, beli biru (Lampiran 4). Seterusnya
perkataan akan membentuk ayat iaitu ‘saya beli topi biru’. (Lampiran 5)
PENUTUP
Pengajaran bacaan akan
mudah dikuasai sekiranya murid dapat faham, ingat, kenal semua huruf daripada a
hingga z. Pendekatan ini lebih menarik sekiranya guru itu kreatif dengan
menggunakan pelbagai permainan yang dapat memberi kefahaman yang jelas pada
peringkat awal iaitu pada peringkat mengenal huruf.
PENGENALAN KAEDAH PENGAJARAN
Kaedah pengajaran merupakan salah satu faktor penting yang diberi
perhatian serius dalam melatih guru melalui kursus-kursus pedagogi. Pelbagai
kaedah pengajaran telah direka, diuji dan diamalkan dalam pendidikan hari ini.
Setiap kali guru melakukan aktiviti di dalam kelas seperti membaca, berlakon,
menulis, meminta murid menjawab soalan, guru sebenarnya sedang membimbing
muridnya untuk memperoleh maklumat dan menguasai sesuatu kemahiran. Di luar
kelas pula guru mengendalikan lawatan sambil belajar, membuat ujikaji sama ada
disedari mahupun tidak, guru sebenarnya telah memilih kaedah pengajaran
tertentu. Kebiasaannya, guru menggunakan lebih daripada satu kaedah pengajaran
bagi mendapatkan hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dunia kini ibarat di hujung jari, perhatian
serius perlu diberi kepada aspek kepelbagaian murid, bukan sahaja dari segi
latar belakang ras, budaya dan agama, tetapi juga dari segi gaya pembelajaran
yang dimiliki oleh murid-murid yang sedang belajar. Bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berupaya menjana kejayaan, guru perlu menjadi
individu yang kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Pada
masa kini, terdapat banyak murid sekolah rendah terutamanya yang tinggal di
luar bandar yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca Bahasa Melayu.
Antara penyebab adalah kesediaan murid-murid untuk membacaa tidak
dititikberatkan pada awal persekolahan. Kesediaan membaca merujuk kepada
kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran daripada segi
mental, emosi dan fizikal yang melibatkan peringkat mendirikan asas membaca,
memperkukuh asas membaca dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
Syed Abu Bakar (1994)
menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya jika
tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran
membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk
kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah
dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot
tubuh mereka. Justeru, terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang boleh
digunakan oleh guru, antaranya kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang sebut
dan sebagainya.
LATAR
BELAKANG KAEDAH ABJAD
Kaedah abjad merupakan
kaedah klasik yang paling tua untuk mengajar membaca dalam kalangan
kanak-kanak. Kaedah ini digemari oleh kebanyakan guru yang ingin mengajar
membaca di peringkat permulaan. Murid-murid diperkenalkan 26 huruf bahasa
Melayu dan diikuti dengan menyebut huruf-huruf tersebut. Kemudian murid-murid
diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a, b, c, d ..... hingga
z. Kadang-kadang disertakan dengan nyanyian dengan menggunakan huruf-huruf ini
sebagai lirik.
Kaedah ini hanyalah
menegaskan hafalan semata yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan
pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf
sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membsankan murid-murid dan saya kira
mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira
atau ‘puas’ dari kebolehan membaca sendiri (dalam Mohd Hilmi Hj Ismail, 1982).
DEFINISI KAEDAH ABJAD
Kaedah abjad dianggap
sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A,
B, C ....... hingga Z (Azman Wan Chik, 1993). Zulkifley Hamid (1994) pula
berpendapat kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan
terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca
perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi
unsur-unsur perkataan. Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama
huruf terlebih dahulu sebelum didedahkan kepada peringkat membaca
perkataan-perkataan mudah.
CIRI-CIRI
KAEDAH ABJAD
a) Bahan yang dibaca haruslah
difahami dan sebutannya dibetulkan melalui aktiviti lisan.
b) Bahan bacaan dari senang
kepada susah.
c)
Pemilihan perkataan
adalah berdasarkan kepada benda-benda disekeliling murid.
d) Aktiviti pengukuhan
merupakan bahan bacaan mirip kepada bahan-bahan yang telah dipelajari
sebelumnya.
Prinsip bahan bacaan
– senang kepada susah
a) 2
suku kata terbuka bermula dengan vokal. Contoh ‘abu’, ‘ibu’, ‘api’
b) 2
suku kata terbuka. Contoh ‘baju’, ‘bapa’, ‘bayi’.
c) 3
suku kata terbuks. Contoh ‘kerusi’, ‘kepala’, ‘kereta’.
d) Suku
kata tertutup. Contoh ‘bas’, ‘vas’, ‘gas’.
e) 2
suku kata terbuka dan tertutup. Contoh ‘kapur’, ‘kapal’.
f) 2
suku kata tertutup dan terbuka. Contoh ‘jambu’, ‘lampu’.
g) 2
suku kata tertutup. Contoh ‘sampan’, ‘rumput’.
h) 2
suku kata-terbuka dan tertutup. Contoh ‘pisang’, ‘kerang’.
i)
2 suku kata- tertutup
dan terbuka melibatkan ‘ng’ (kvkkvkk)
Contoh
‘kandang’, ‘sandang’.
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN KAEDAH
ABJAD
Antara kelebihan penggunaan kaedah abjad ialah ia sesuai
dengan susuk Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang
hampir tetap bunyinya. Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan
baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf
dan membunyikan vokal dengan baik. Kaedah ini juga memberi asas dan binaan yang
kukuh dalam bacaan sekaligus mencapai kecekapan dan kemahiran membaca serta
memberi keyakinan kepada murid-murid.
Terdapat juga beberapa kelemahan menggunakan kaedah
abjad ini kerana murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional
tanpa memahamai apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan
kelancaran membaca. Murid-murid akan terbawa-bawa tabiat membaca sambil
mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak memahami
apa yang dibaca. Selain itu juga, kaedah ini tidak sesuai dengan kehendak
pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan
yang bermakna.
PELAKSANAAN KAEDAH ABJAD
Menurut Abd Aziz Abd
Talib (2000), biasanya huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf
kecil. Manakala, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat
bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih
tubi menyebut nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan
penguasaan dan pemahaman murid.
1)
Pengenalan abjad
a)
Murid diperkenalkan
dengan kesemua 26 huruf.
b)
Murid diajar nama huruf
secara teratur dalam abjad sebagai contoh a, b, c
hingga x, y dan z.
c)
Rancangan pelajaran
harian bermula dengan a hingga z.
d)
Latihan menulis dan
pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu
menghafal setiap lambang abjad.
e)
Setelah murid-murid
menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar
kepada murid.
f)
Murid akan diajar
dengan huruf kecil dahulu seterusnya barulah diikuti dengan
huruf besar secara serentak.
g)
Latihan menulis huruf
kecil dan huruf besar.
h)
Latihan memadankan
huruf kecil dan huruf besar.
i)
Murid diperkenalkan
dengan permulaan perkataan dengan sesuatu bunyi huruf
vokal seperti ayam, awan, api, abu
j)
Seterusnya murid
diperkenalkan dengan permulaan perkataan
bermula dengan
huruf konsonan sebagai contoh b :
batu, buku, bola, besi,
k)
Langkah ini adalah
sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid
hubungan antara bunyi huruf dan
perkataan.
2)
Penggabungan bunyi
vokal dan konsonan
a) Setelah murid-murid menguasai bunyi huruf
dan hubungan antara bunyi huruf
dan perkataan, murid diajar membentuk dan
membaca suku kata. Contoh ‘ ba
be bi bo bu’ hingga ‘za ze zi zo zu’.
3)
Membentuk perkataan mudah
a)
Murid aiajar
mencantumkan suku kata dengan suku kata. Contoh ‘bu bu’, ‘ba
ba’
4) Seterusnya murid akan diajar
kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah.
a)
buku, saya, baba
5) Membentuk ayat mudah
a) Seterusnya murid dibimbing untuk
membentuk ayat mudah. Contoh bibi buka
buku.
6) Murid
selanjutnya diperkenalkan dengan rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar
membaca.
PENUTUP
Sebagai
kesimpulan, membaca dalam kalangan murid-murid adalah berbeza-beza dan guru
perlu memberi perhatian terhadap hakikat ini. Justeru, guru hendaklah
mempelbagaikan kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang
kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru
perlu kreatif dan ivovatif dalam menyampaikan pengajarannya.
Kaedah membaca yang
digunakan akan lebih berkesan dengan
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan mapu menarik minat dan
perhatian muri. Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya murid-murid
berkeperluan khas memerlukan startegi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya
bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana penerimaan seseorang
murid-murid terhadap apa yang diajar berbeza antara satu sama dengan yang lain.
PENGENALAN
KAEDAH PENGAJARAN BACAAN
Abd. Aziz Abd
Talib (1998) mengatakan bahawa kefahaman merupakan aspek terpenting dalam
sesuatu pengajaran bacaan. Untuk membolehkan seseorang murid itu membaca,
kefahaman yang tinggi amatlah perlu bagi memudahkan individu itu memperoleh
maklumat daripada apa yang dibacanya. Bagi peringkat awal kanak-kanak, terdapat
beberapa jenis kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar
murid-murid. Kaedah merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Salah satu kaedah yang digunakan oleh para
guru dalam proses membaca adalah kaedah suku kata.
Kaedah suku kata yang digunakan
oleh guru boleh dijelaskan melalui suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
Oleh hal yang demikian, seseorang guru perlu lebih awal mendedahkan huruf vokal
dan huruf konsonan agar murid lebih faham. Penggabungan kedua-dua suku kata
akan mendedahkan murid kepada proses seterusnya dalam bacaan lanjut.
LATAR BELAKANG KAEDAH SUKU
KATA
Suku kata ialah bahagian
perkataan berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan
wujud sebagai satu vokal atau
bersama-sama dengan konsonan. Dalam
bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan
huruf vokal dipanggil suku kata terbuka. Manakala suku kata tertutup diakhiri
dengan huruf konsonan.
Kaedah suku kata adalah untuk mengajar murid-murid
melihat perkaitan antara huruf dan bunyi supaya mereka dapat membunyikan
sendiri perkataan-perkataan baru yang mereka temui. Melalui kaedah ini,
murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, tetapi diajar mengenali bunyi-bunyi
huruf. Sebagai contoh ‘a’ dibunyikan ‘aa’. Setelah murid mengetahui perkaitan
tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina seperti ‘ba’, ‘da’,
‘tu’. Kemudian digabungkan menjadi suku-suku kata ini menjadi
perkataan-perkataan ‘batu’ dan lain-lain.
DEFINISI KAEDAH SUKU KATA
Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari
sebuah kata. Sekurang-kurangnya satu suku kata terdiri daripada satu vokal dan
satu konsonan. Kaedah suku kata ditakrifkan sebagai tindakan atau
langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran melalui sama ada secara suku kata terbuka atau secara suku
kata tertutup.
CIRI-CIRI KAEDAH SUKU KATA
a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah
‘alphabetic’ dan fonemik yang bermaksud
ada hubungan yang rapat antara symbol atau
huruf dan bunyinya.
b) Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah
mudah dan jelas.
c) Murid-murid yang masuk ke sekolah telahpun
mengetahui Bahasa Melayu dan
mempunyai perbendaharaan kata yang
mencukupi untuk belajar Bahasa
Melayu.
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN KAEDAH SUKU
KATA
Antara kelebihan penggunaan kaedah abjad
ialah ia sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri
daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Selain itu, kaedah ini
membolehkan kanak-kanak membaca perkataa-perkataan baharu walaupun
perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata.
Kelemahan kaedah ini ialah bacaan
murid-murid tidak lancar. Ini disebabkan oleh perhatian murid-murid itu
tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas
satu. Kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafalkan bunyi huruf yang
kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya mengambil masa yang agak
panjang untuk mengenal bunyi semua huruf dan suku kata sebelum mereka membaca
perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.
PELAKSANAAN KAEDAH SUKU KATA
a) Guru
perkenalkan bentuk dan bunyi huruf vokal mudah ‘a’, ‘i’, ‘u’, dan satu konsonan,
contoh ‘b’
b) Murid membina dan menyebut suku kata terbuka ba bi
bu; bu bi ba
c) Murid membina
perkataan dan baca perkataan
e) Murid membuat frasa dan
ayat, dan bacanya.
f) Murid menulis atau menyalin
apa yang telah dibaca .
g) Murid membuat latihan pengayaan seperti permainan yang boleh dilaksanakan secara
berpasangan atau kumpulan
kecil
Contoh
Pengajaran
a) Mulakan dengan membunyikan huruf vokal
mudah ‘a’, ‘ i’, ‘u’
b) Guru
memlilih satu konsonan mudah seperti ‘b’.
c) Murid
membunyikan huruf ‘b’ (bh) beberapa kali
d) Murid membina suku kata ‘ba’, ‘bi’, ‘bu’. Diulang beberapa kali
mengikut
tahap penguasaan murid.
e)
Murid membina dan membaca
perkataan ‘ba ba’ ‘bi bi’ ‘bu bu’ dan ‘u bi
i bu a bu’ .
f) Murid
membaca ayat ‘ibu abu’ ‘bubu baba’ ‘ubi ibu’
g)
Murid menulis huruf, suku kata dan huruf .
h) Setelah mahir, murid boleh mula membaca ‘cerita’
Contoh
Membina dan Membaca ‘cerita’
itu
baju
itu
baju ibu
baju
ibu biru
baju
ibu baju baru
|
Mengajar suku kata tertutup (kvk)
b
|
ba bi
bu
|
bat bit
but
|
ubat sabut
|
k
|
ka ki
ku
|
kan kin
kun
|
makan ikan
|
s
|
sa si
su
|
sak sik
suk
|
masak masuk
|
Mengajar huruf vokal ‘o’ dan ‘e’
o
|
bo
|
ko
|
po
|
lo
|
ro
|
no
|
|
bola
|
kopi
|
polo
|
lori
|
roda
|
nona
|
e
|
emak
|
enam
|
|
|
|
|
e
|
ekor
|
elok
|
esok
|
enak
|
elak
|
|
Suku kata istimewa: ‘nga’, ‘ ngi’,
‘ngu’, ‘nya’, ‘nyi’, ‘nyu’
-
Bunga nyonya ungu
-
Salim menyanyi lagu sunyi.
-
Suaranya nyaring.
-
Penyu bertelur di tepi pantai.
-
Singa nganga
mulutnya.
|
Murid diajar mengikut kadar
kebolehannya
•
Murid boleh diajar secara individu atau dalam kumpulan kecil (2-4 orang)
•
Guru membuat latih tubi bagi murid yang
lemah.
•
Contohnya: diulang mengggunakan kad imbasan
b
ba ba bi bi bu bu;
k
ka ka ki ki
ku ku;
s
sa
sa si si su su;
Selepas mengajar murid
dengan menggunakan kaedah suku kata, guru juga boleh menggunakan video sebagai
alternatif lain untuk mengajar murid
mengenal suku kata. Guru boleh memainkan video ini sambil menyuruh murid
mengikut apa yang ditonton dan diperdengar. Guru juga boleh menghentikan video
pada bahagian yang tertentu untuk mengajar murid tentang suku kata.
Selain daripada menayangkan video kepada
murid, guru juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti seperti permainan bahasa.
Sebagai contoh aktiviti sisipan suku kata, susun huruf membentuk perkataan dan
teka teki.
PENUTUP
Sebagai kesimpulan, guru memainkan peranan
yang penting bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid
sekolah rendah. Kita boleh perhatikan bahawa masih ada murid sekolah rendah
yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Bagi mengatasi
permasalahan ini, guru seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran bacaan
antaranya kaedah suku kata.
Untuk
menjadi seorang pembaca yang berkesan, murid juga perlu menguasai dan
mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu, guru perlu membimbing murid
untuk menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah, murid membaca untuk
tujuan-tujuan seperti untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sesuatu
tajuk, untuk memahami sesuatu persoalan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment