Monday 8 December 2014

PEMBUKA KATA PENULIS...

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bahasa Melayu Tahun 4: Mempertahankan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ...

Bahasa Melayu Tahun 4: Mempertahankan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ...: Oleh:DR. HASSAN AHMAD BAHASA penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Inilah sebabnya mengapa bahasa - tidak k...

KUIZ: Teka silangkata

 http://www.aizek.net/tekasilang/teka1.html

VIDEO PENGAJARAN BAHASA MELAYU : Tahun 4 - Tulisan Berangkai -

BELAJAR MENULIS TULISAN BERANGKAI





Kepada semua pelajar yang ingin belajar menulis tulisan berangkai boleh lihat contoh di bawah:


Belajar Menulis Tulisan Berangkai Kepada semua pelajar yang ingin belajar menulis tulisan berangkai boleh lihat contoh abjad di bawah.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Belajar Menulis Tulisan Berangkai Kepada semua pelajar yang ingin belajar menulis tulisan berangkai boleh lihat contoh abjad di bawah.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Friday 14 November 2014

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

                       PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN
Prinsip umum daripada teori linguistik dan psikologi menentukan pendekatan pengajaran guru bahasa. Dalam pengajaran Bahasa Melayu terdapat beberapa pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan, pendekatan nahu dan pendekatan sintesis. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya, jika kita mengikuti  teori mentalis atau kognitif, maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.
Menurut Kamaruddin Husin (1998), pendekatan adalah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan yang mencerminkan suatu pandangan yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kebijaksanaan guru memilih pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memaksimumkan  input para pelajar dalam bahasa. Para guru memerlukan teori linguistik dan psikologi yang sesuai agar pengajaran bahasa dijalankan dengan lancar.
Pengajaran bahasa adalah satu tugas amali yang boleh dijalankan melalui dua cara. Iaitu dengan cara mengikuti prosedur yang lengkap tentang tatacara melaksanakannya.  Kedua, dengan cara menggunakan satu set prinsip bagi menjalankan tugas tersebut. Cara yang pertama tidak semestinya menjamin keberkesanan sesuatu tugas amali kerana panduan yang diberi mungkin tidak dapat dijalankan seperti dalam situasi asalnya oleh individu yang belum biasa dengan tugas mengajar. Oleh itu, seorang guru bahasa yang baik perlu memiliki satu set prinsip yang boleh dijadikan panduan bagi menjayakan tugasnya itu. Dengan erti lain, guru perlu mempunyai teori yang boleh membimbingnya memahami apa itu bahasa dan bagaimana murid belajar bahasa.
                           LATAR BELAKANG PENDEKATAN SINTESIS (BINAAN)
                        Pendekatan dalam pengajaran membaca adalah sangat penting. Hal ini demikian kerana dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk memupuk minat pelajar dalam membaca.
Pendekatan sintesis merupakan salah satu pendekatan dalam pengajaran membaca. Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan binaan. Pengajaran pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.
Hal ini bermaksud pelajar mula didedahkan dengan huruf kemudian suku kata dan seterusnya perkataan. Perkataan-perkataan ini mesti dibentuk dalam ayat dengan perkataan-perkataan yang lain yang telah diketahui oleh murid.
Kaedah yang sesuai digunakan dengan pendekatan ini ialah kaedah abjad, kaedah bunyi dan kaedah suku kata. Ia sering digunakan dalam pengajaran membaca di sekolah-sekolah rendah.

                      DEFINISI PENDEKATAN SINTESIS       
                        Boleh ditakrifkan bagaimana cara untuk kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran agar objektif dapat dicapai oleh murid melalui cara mengajar daripada mudah kepada kompleks.

                      CIRI-CIRI PENDEKATAN SINTESIS (BINAAN)
a)                                 Unsur yang paling kecil diperkenalkan dahulu kemudian yang paling besar iaitu mudah kepada susah..
b)                                 Diajar secara berperingkat-peringkat seperti rajah yang dilampirkan. (Lampiran 1)
                                                                                                                                                       

                       PELAKSANAAN PENDEKATAN SINTESIS
                        Pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan unsur kecil kepada unsur-unsur yang besar.  Sebagai contoh untuk  mengajar  ayat ‘Saya beli topi biru’. Maka langkah pertama guru perkenalkan dengan huruf-huruf yang terdapat dalam ayat tersebut  iaitu a, l, e, t, i, o, p b, u dan r (Lampiran 2). Kemudian memperkenalkan suku kata to, ya, pi, sa, be, ru, li dan  bi (Lampiran 3). Suku kata digabungkan menjadi perkataan  iaitu topi,  saya, beli biru (Lampiran 4). Seterusnya perkataan akan membentuk ayat iaitu ‘saya beli topi biru’. (Lampiran 5)

                       PENUTUP
                        Pengajaran bacaan akan mudah dikuasai sekiranya murid dapat faham, ingat, kenal semua huruf daripada a hingga z. Pendekatan ini lebih menarik sekiranya guru itu kreatif dengan menggunakan pelbagai permainan yang dapat memberi kefahaman yang jelas pada peringkat awal iaitu pada peringkat mengenal huruf.             
                                                  
                      PENGENALAN KAEDAH PENGAJARAN
   Kaedah pengajaran merupakan salah satu faktor penting yang diberi perhatian serius dalam melatih guru melalui kursus-kursus pedagogi. Pelbagai kaedah pengajaran telah direka, diuji dan diamalkan dalam pendidikan hari ini. Setiap kali guru melakukan aktiviti di dalam kelas seperti membaca, berlakon, menulis, meminta murid menjawab soalan, guru sebenarnya sedang membimbing muridnya untuk memperoleh maklumat dan menguasai sesuatu kemahiran. Di luar kelas pula guru mengendalikan lawatan sambil belajar, membuat ujikaji sama ada disedari mahupun tidak, guru sebenarnya telah memilih kaedah pengajaran tertentu. Kebiasaannya, guru menggunakan lebih daripada satu kaedah pengajaran bagi mendapatkan hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

   Dunia kini ibarat di hujung jari, perhatian serius perlu diberi kepada aspek kepelbagaian murid, bukan sahaja dari segi latar belakang ras, budaya dan agama, tetapi juga dari segi gaya pembelajaran yang dimiliki oleh murid-murid yang sedang belajar. Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berupaya menjana kejayaan, guru perlu menjadi individu yang kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa kini, terdapat banyak murid sekolah rendah terutamanya yang tinggal di luar bandar yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca Bahasa Melayu. Antara penyebab adalah kesediaan murid-murid untuk membacaa tidak dititikberatkan pada awal persekolahan. Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran daripada segi mental, emosi dan fizikal yang melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

                        Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Justeru, terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang boleh digunakan oleh guru, antaranya kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang sebut dan sebagainya.

                      LATAR BELAKANG KAEDAH ABJAD
                        Kaedah abjad merupakan kaedah klasik yang paling tua untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kaedah ini digemari oleh kebanyakan guru yang ingin mengajar membaca di peringkat permulaan. Murid-murid diperkenalkan 26 huruf bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut huruf-huruf tersebut. Kemudian murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a, b, c, d ..... hingga z. Kadang-kadang disertakan dengan nyanyian dengan menggunakan huruf-huruf ini sebagai lirik.
                        Kaedah ini hanyalah menegaskan hafalan semata yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membsankan murid-murid dan saya kira mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau ‘puas’ dari kebolehan membaca sendiri (dalam Mohd Hilmi Hj Ismail, 1982).

                    DEFINISI KAEDAH ABJAD
                        Kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C ....... hingga Z (Azman Wan Chik, 1993). Zulkifley Hamid (1994) pula berpendapat kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan. Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf terlebih dahulu sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.

                      CIRI-CIRI KAEDAH ABJAD                  
a)                     Bahan yang dibaca haruslah difahami dan sebutannya dibetulkan melalui aktiviti lisan.
b)                     Bahan bacaan dari senang kepada susah.
c)                     Pemilihan perkataan adalah berdasarkan kepada benda-benda disekeliling murid.
d)                     Aktiviti pengukuhan merupakan bahan bacaan mirip kepada bahan-bahan yang telah dipelajari sebelumnya.
                        Prinsip bahan bacaan – senang kepada susah
a)      2 suku kata terbuka bermula dengan vokal. Contoh ‘abu’, ‘ibu’, ‘api’
b)      2 suku kata terbuka. Contoh ‘baju’, ‘bapa’, ‘bayi’.
c)      3 suku kata terbuks. Contoh ‘kerusi’, ‘kepala’, ‘kereta’.
d)     Suku kata tertutup. Contoh ‘bas’, ‘vas’, ‘gas’.
e)      2 suku kata terbuka dan tertutup. Contoh ‘kapur’, ‘kapal’.
f)       2 suku kata tertutup dan terbuka. Contoh ‘jambu’, ‘lampu’.
g)      2 suku kata tertutup. Contoh ‘sampan’, ‘rumput’.
h)      2 suku kata-terbuka dan tertutup. Contoh ‘pisang’, ‘kerang’.
i)        2 suku kata- tertutup dan terbuka melibatkan ‘ng’ (kvkkvkk)
Contoh ‘kandang’, ‘sandang’.
                    KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN KAEDAH ABJAD
Antara kelebihan penggunaan kaedah abjad ialah ia sesuai dengan susuk Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dengan baik. Kaedah ini juga memberi asas dan binaan yang kukuh dalam bacaan sekaligus mencapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.
Terdapat juga beberapa kelemahan menggunakan kaedah abjad ini kerana murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahamai apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. Murid-murid akan terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak memahami apa yang dibaca. Selain itu juga, kaedah ini tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.
                   PELAKSANAAN KAEDAH ABJAD
                        Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000), biasanya huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil. Manakala, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebut nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid.
1)                 Pengenalan abjad
a)                   Murid diperkenalkan dengan kesemua 26 huruf.
b)                  Murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad sebagai contoh a, b, c
            hingga x, y dan z.
c)                   Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z.
d)                  Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu
           menghafal setiap lambang abjad.
e)                   Setelah murid-murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar
           kepada murid.
f)                   Murid akan diajar dengan huruf kecil dahulu seterusnya barulah diikuti dengan
           huruf besar secara serentak.
g)                  Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar.
h)                  Latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar.
i)                    Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan dengan sesuatu bunyi huruf
           vokal seperti ayam, awan, api, abu
j)                    Seterusnya murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan  bermula dengan
           huruf konsonan sebagai contoh b : batu, buku, bola, besi,
k)                  Langkah ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid  
hubungan antara bunyi huruf dan perkataan.

2)                 Penggabungan bunyi vokal dan konsonan
a)             Setelah murid-murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf
      dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata. Contoh ‘ ba
       be bi bo bu’ hingga ‘za ze zi zo zu’.
3)         Membentuk perkataan mudah
a)                   Murid aiajar mencantumkan suku kata dengan suku kata. Contoh ‘bu bu’, ‘ba
ba’
4)         Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah.
a)                  buku, saya, baba
5)         Membentuk ayat mudah
a)            Seterusnya murid dibimbing untuk membentuk ayat mudah. Contoh bibi buka
      buku.
6)         Murid selanjutnya diperkenalkan dengan rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar
           membaca.

                      PENUTUP
                        Sebagai kesimpulan, membaca dalam kalangan murid-murid adalah berbeza-beza dan guru perlu memberi perhatian terhadap hakikat ini. Justeru, guru hendaklah mempelbagaikan kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu kreatif dan ivovatif dalam menyampaikan pengajarannya.
                        Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan  penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan mapu menarik minat dan perhatian muri. Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya murid-murid berkeperluan khas memerlukan startegi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana penerimaan seseorang murid-murid terhadap apa yang diajar berbeza antara satu sama dengan yang lain.
                   
                      PENGENALAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN
                        Abd. Aziz Abd Talib (1998) mengatakan bahawa kefahaman merupakan aspek terpenting dalam sesuatu pengajaran bacaan. Untuk membolehkan seseorang murid itu membaca, kefahaman yang tinggi amatlah perlu bagi memudahkan individu itu memperoleh maklumat daripada apa yang dibacanya. Bagi peringkat awal kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Salah satu kaedah yang digunakan oleh para guru dalam proses membaca adalah kaedah suku kata.
                        Kaedah suku kata yang digunakan oleh guru boleh dijelaskan melalui suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Oleh hal yang demikian, seseorang guru perlu lebih awal mendedahkan huruf vokal dan huruf konsonan agar murid lebih faham. Penggabungan kedua-dua suku kata akan mendedahkan murid kepada proses seterusnya dalam bacaan lanjut.
                       
                      LATAR BELAKANG KAEDAH SUKU KATA
                        Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai  satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.  Dalam bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil suku kata terbuka. Manakala suku kata tertutup diakhiri dengan huruf konsonan.
Kaedah suku kata adalah untuk mengajar murid-murid melihat perkaitan antara huruf dan bunyi supaya mereka dapat membunyikan sendiri perkataan-perkataan baru yang mereka temui. Melalui kaedah ini, murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, tetapi diajar mengenali bunyi-bunyi huruf. Sebagai contoh ‘a’ dibunyikan ‘aa’. Setelah murid mengetahui perkaitan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina seperti ‘ba’, ‘da’, ‘tu’. Kemudian digabungkan menjadi suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan ‘batu’ dan lain-lain.

                     DEFINISI KAEDAH SUKU KATA
                       Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata. Sekurang-kurangnya satu suku kata terdiri daripada satu vokal dan satu konsonan. Kaedah suku kata ditakrifkan sebagai tindakan atau langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui sama ada secara suku kata terbuka atau secara suku kata tertutup.
                      CIRI-CIRI KAEDAH SUKU KATA
a)                    Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik yang bermaksud
                       ada hubungan yang rapat antara symbol atau huruf dan bunyinya.   
b)                   Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas.
c)                    Murid-murid yang masuk ke sekolah telahpun mengetahui Bahasa Melayu dan
                      mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi untuk belajar Bahasa
                      Melayu.
                    KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN KAEDAH SUKU KATA
           Antara kelebihan penggunaan kaedah abjad ialah ia sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Selain itu, kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataa-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata.
           Kelemahan kaedah ini ialah bacaan murid-murid tidak lancar. Ini disebabkan oleh perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu  lepas satu. Kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafalkan bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya mengambil masa yang agak panjang untuk mengenal bunyi semua huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.
                PELAKSANAAN KAEDAH SUKU KATA
     a)                     Guru perkenalkan bentuk dan bunyi  huruf vokal mudah  ‘a’, ‘i’, ‘u’,  dan satu                                           konsonan, contoh  ‘b’  
b)                     Murid membina dan menyebut suku kata terbuka ba   bi   bu;   bu   bi   ba
c)                     Murid membina perkataan dan baca perkataan
e)                     Murid membuat frasa dan ayat, dan bacanya.
f)                     Murid menulis atau menyalin apa yang telah dibaca .
g)                     Murid membuat latihan pengayaan seperti  permainan yang boleh dilaksanakan secara
                     berpasangan atau kumpulan kecil

Contoh Pengajaran
     a)                      Mulakan dengan  membunyikan  huruf  vokal mudah  ‘a’, ‘ i’, ‘u’
     b)                      Guru memlilih satu konsonan mudah seperti  ‘b’.
     c)                      Murid membunyikan huruf  ‘b’ (bh) beberapa kali
     d)                      Murid membina suku kata  ‘ba’, ‘bi’,  ‘bu’. Diulang beberapa kali mengikut       
                           tahap penguasaan murid.
     e)                      Murid membina dan membaca perkataan  ‘ba ba’  ‘bi bi’  ‘bu bu’ dan  ‘u bi    
                           i  bu  a bu’   .
     f)                      Murid membaca ayat ‘ibu abu’  ‘bubu baba’  ‘ubi  ibu’
     g)                     Murid menulis huruf, suku kata dan huruf .
     h)                  Setelah mahir, murid boleh mula membaca ‘cerita’
                                                                      
          Contoh Membina dan Membaca ‘cerita’
itu baju
itu baju ibu
baju ibu biru
baju ibu baju baru


          Mengajar suku kata tertutup (kvk)

b
ba    bi    bu
bat    bit    but
ubat            sabut
k
ka    ki    ku
kan   kin    kun
makan         ikan
s
sa   si     su
sak   sik    suk
masak         masuk


           Mengajar huruf vokal ‘o’ dan ‘e’                       

 o
bo
ko
po
lo
ro
no

bola
kopi
polo
lori
roda
nona

e
emak
enam




e
ekor
elok
esok
enak
elak


          Suku kata istimewa: ‘nga’, ‘ ngi’,  ‘ngu’,   ‘nya’, ‘nyi’, ‘nyu’
-          Bunga nyonya ungu
-          Salim menyanyi lagu sunyi.
-          Suaranya nyaring.
-          Penyu bertelur di tepi pantai.
-          Singa nganga mulutnya.
Murid diajar mengikut kadar kebolehannya

         Murid boleh diajar secara individu atau dalam kumpulan kecil (2-4 orang)
         Guru membuat latih tubi bagi murid yang lemah.
         Contohnya: diulang mengggunakan kad imbasan

        b       ba ba   bi bi    bu bu;
        k       ka ka   ki ki    ku ku;
        s        sa sa    si si      su su;

                   Selepas mengajar murid dengan menggunakan kaedah suku kata, guru juga boleh menggunakan video sebagai alternatif  lain untuk mengajar murid mengenal suku kata. Guru boleh memainkan video ini sambil menyuruh murid mengikut apa yang ditonton dan diperdengar. Guru juga boleh menghentikan video pada bahagian yang tertentu untuk mengajar murid tentang suku kata.
       Selain daripada menayangkan video kepada murid, guru juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti seperti permainan bahasa. Sebagai contoh aktiviti sisipan suku kata, susun huruf membentuk perkataan dan teka teki.
                   PENUTUP
                    Sebagai kesimpulan, guru memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Kita boleh perhatikan bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Bagi mengatasi permasalahan ini, guru seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran bacaan antaranya kaedah suku kata.

Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, murid juga perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu, guru perlu membimbing murid untuk menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.  Dalam konteks sekolah, murid membaca untuk tujuan-tujuan seperti untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sesuatu tajuk, untuk memahami sesuatu persoalan dan sebagainya.